Friday, May 11, 2012
luahan hati kini
disaat hatiku masih menangis...
ujian datang bertimpa-timpa..
namun...aku faham dan aku mengerti...
setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya..
setiap titisan air mata kesedihan...
aku berusaha mengantikanya dengan senyuman sejuta ketabahan..
setiap keluhan bebanan...
aku cuba gantikan dengan tawa kegembiraan..
bagiku...
jika seseorang itu hadir dalam hidupku...
dan pernah menjadi sebahagian dari hidupku..
tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi...
terimalah dengan redha...
sekurang-kurangnya dia telah menjadi salah seorang yang pernah membahagiakan aku..
jadi...aku redha atas ketentuanya..
terima kasih aku ucapkan pada kalian yang pernah membahagiakanku...
sejauh mana pun kalian berada...
nama kalian tetap tersemat didalam doaku..
aku akui..
aku sekadar insan biasa...
yang diciptakan oleh allah s.w.t dengan sifat baru yang selalu lalai dan alpa...
aku cuba menjadi yang terbaik..
dan aku sentiasa berdoa...
semoga kalian bertemu dengan jodoh pada insan-insan yang terbaik...
kini...hanya Allah S.W.T tempat aku mengadu...
Buat ibu...
ibu...kuatkan semangat ibu ye...
tiha tahu ibu boleh dengar bile setiap kali tiha bercakap..
ibu...tiha sayangkan ibu...
ibu kena kuat semangat...
tiha tunggu setiap nafas dari tubuh ibu...
ibu...tiha dah belikan ibu hadiah untuk hari ibu ni...
tiha pun ada belikan sekali hadiah untuk hari jadi ibu..
ibu bukalah mata..
ibu tak rindu nak peluk tiha ke??
tiha rindu ciuman ibu...
buat ayah...
ayah...tiha sayang sangat ayah..
ayah tak boleh terus diam macam ni...
tiha dah lama tak baring dekat perut ayah...
ayah...tiha tahu ayah susah hati..
tapi ayah pun kena kuat..
tiha dengan abang sentiasa ada dengan ayah...
ayah...rajin2 makan ubat ye...
cepat sembuh...
boleh kita jalan2 dengan ibu nanti...
buat abang2ku...
abang...kita sama-sama jaga ibu dengan ayah ye...
tiha tau...along...angah...achik...awan... sayang kan ibu dengan ayah..
kita kuat semangat k..
ibu dengan ayah perlukan kita..
tiha sayang semua...
tiha tahu bukan mudah untuk kita lalui semua ini...
tapi percayalah..
allah sedang menguji kita...
buat along..
along kena kuat...
tiha taknak tengok air mata along..
tiha...angah..achik dn awan sentiasa ada disisi along...
kami sayang along...
kuat semangat ye long...
buat sahabatku tersayangku..Allahyarham Aqil..
Aqil...akhirnya kau pergi dulu..
aku tahu...kau sayangkan aku..
terima kasih aku ucapkan kerana pernah menjadi sahabat aku..
dalam susah dan senang..
aku gembira sepanjang menjadi sahabat kau...
kau adalah sahabat terbaik aku di dunia dan akhirat..
kau adalah penasihat terbaik aku...
kau adalah tukang masak terbaik aku..
dan kau adalah pendengar terbaik aku...
aku sentiasa mendoakan..
semoga engkau diletakkan didalam kalangan orang-orang yang beriman...
buat seseorang...
maafkan aku atas setiap tutur dan tingkahku..
mungkin sekarang aku menjad satu fenomena kebencian untukmu...
aku redha..dan aku faham..
aku tidak mengharapkan kemaafan yang ikhlas darimu..
kerana aku tahu sukar untuk kamu melakukan begitu..
tetapi percayalah...setiap kejadian ada hikmahnya..
dan hikmah itulah yang telah mengajar aku menghargai setiap hubungan..
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu...
dengan insan yang engkau kasihi...
aku bersedia jika engkau berhasrat untuk melupakanku..
kerana aku tahu...
aku sememangnya tidak layak mengatur kata mahupun menuntun bicara denganmu...
maaf atas kesilapanku..
buat seseorang yang pernah merosakkan hatiku...
terima kasih..
setelah jauh pehubungan yang kita bina..
akhirnya kau pergi menyerahkan diri kau kepadanya..
aku tidak berhak memberikan keampunan melainkan Allah s.w.t..
namun..ingin sekali aku mengingatimu..
cinta dan hati aku...cuma untuk orang benar-benar menghargai kehadiranku...
maafkan aku kerana tidak dapat menerimamu kembali..
hati aku sudah jelek dengan kata manis dan janji kau..
aku ikhlaskan melepaskan kau..
aku cuma mampu berdoa..
semoga engkau mampu membimbing dia untuk mengenal siapa tuhanya...
dan apa agamanya..
aku akan gunakan segala kudrat aku untuk melupakan semua...
Ya Allah...
aku bermohon...kau kembalikanlah padaku...
insan-insan yang aku sayangi dan aku cintai..
sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah..
Namun hatiku pasrah ya Allah...
andai inilah ketentuan-Mu..
aku redha menerimanya...
seikhlas hatiku Ya Allah...
Kau berikanlah aku kekuatan ya Allah..
untuk menghadapi dugaan-Mu..
sesungguhnya..aku hanyalah insan yang lemah yang mengharap belas dan ehsan-Mu Ya Allah..
Kau kabulkanlah doaku ini ya allah... ='(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment